Saf Didalam Solat: Kedudukan, Perintah Dan Tuntutannya
1 - Imam (Depan), 2 – Makmum Lelaki (Belakang Imam, Depan Saf Wanita), 3 – Makmum Wanita (Belakang)
1 – Imam (Kiri), 2 – Makmum (Kanan)
Keudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi
Sebaik-baik Saf Dan Keutamaan Saf
Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata: “Rasulullah
bersabda: “Tidakkah kalian ingin berbaris, sebagaimana para malaikat
berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka kami bertanya, “Bagaimanakah para
malaikat berbaris di hadapan Rabb?’ Beliau menjawab, “Mereka
menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf.” (Hadis Riwayat Muslim)Dari Abu Hurairah pula, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seandainya
orang-orang tahu (pahala) yang terdapat di dalam seruan (azan) dan
barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk
mencapainya kecuali dengan cara melakukan undian, pasti mereka akan
mengadakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)
“Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla dan para Malaikat-Nya berselawat ke atas barisan (saf) yang pertama atau saf yang awal.” (Dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Sahih at-Targhib wa at-Tarhib, 1/197)
“Sempurnakanlah saf pertama, kemudian saf berikutnya. Jika kurang (saf pertama telah penuh/tidak mencukupi), maka hendaklah ia mengambil saf yang belakang.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)
Sheikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah menyatakan “Barisan itu dimulai dari tangah di dekat posisi imam. Barisan sebelah kanan lebih afdhal daripada barisan sebelah kiri. Yang wajib dilakukan adalah tidak dimulakan membuat barisan baru sehinggalah barisan pertama sempurna. Tidak ada masalah jika orang-orang yang berada di sebelah kanan barisan lebih banyak dan tidak perlu dilakukan penyeimbangan kerana perkara tersebut bertentangan dengan sunnah. Hanya saja, tidak diperbolehkan membuat barisan kedua sehingga barisan pertama sempurna dan tidak boleh juga membuat barisan ketiga hingga barisan kedua sempurna. Begitu jugalah barisan yang seterusnya.” (Fatawa Ibni Baaz, 11/205)
Dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang paling belakang. Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Menyempurnakan Saf Yang Hadapan Dahulu
Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:“Sempurnakanlah saf pertama, kemudian saf berikutnya. Jika kurang (saf pertama telah penuh/tidak mencukupi), maka hendaklah ia mengambil saf yang belakang.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)
Sheikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah menyatakan “Barisan itu dimulai dari tangah di dekat posisi imam. Barisan sebelah kanan lebih afdhal daripada barisan sebelah kiri. Yang wajib dilakukan adalah tidak dimulakan membuat barisan baru sehinggalah barisan pertama sempurna. Tidak ada masalah jika orang-orang yang berada di sebelah kanan barisan lebih banyak dan tidak perlu dilakukan penyeimbangan kerana perkara tersebut bertentangan dengan sunnah. Hanya saja, tidak diperbolehkan membuat barisan kedua sehingga barisan pertama sempurna dan tidak boleh juga membuat barisan ketiga hingga barisan kedua sempurna. Begitu jugalah barisan yang seterusnya.” (Fatawa Ibni Baaz, 11/205)
Posisi Makmum di Dalam Solat
1 – Kedudukan Saf Secara Umum Bagi Lelaki Dan Wanita.Dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang paling belakang. Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan.” (Hadis Riwayat Muslim)

2 – Apabila solat berjamaah mengandungi dua orang lelaki, iaitu seorang imam dan seorang makmum.
Apabila imam solat berjamaah hanya dengan seorang makmum, maka dia
(makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar dengannya),
sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas r.a. bahawa “beliau
pernah solat berjamaah bersama Rasulullah pada suatu malam dan berdiri
di sebelah kirinya. Maka Rasulullah memegang kepala Ibnu Abbas dari
belakang lalu memindahkannya ke sebelah kanannya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Di
dalam kitab Subulus Salam (oleh al-Imam ash-Shan’ani), Diriwayatkan
bahawa Ibnu Juraij pernah bertanya kepada Atha’ (seorang tabi’in), “Seseorang
yang menjadi ma’mum bagi seseorang yang lain, dimanakah ia (ma’mum)
harus berdiri?” Jawab Atha’, “Di tepinya”. Ibnu Juraij bertanya lagi,
“Apakah si Ma’mum itu harus dekat dengan Imam sehingga ia satu saf
dengannya, iaitu tidak ada jarak antara keduanya (ma’mum dan imam)?” Jawab
Atha’: “Ya!” Ibnu Juraij bertanya lagi, “Apakah si ma’mum tidak berdiri
jauh sehingga tidak ada jarak antara mereka (ma’mum dan imam)? Jawab
Atha’: “Ya”.
Demikian juga yang disebutkan di dalam al-Muwaththa’, Dari Umar dari hadis Ibnu Mas’oud. “Sesungguhnya ia berada satu shaf bersama Umar, lalu merapatkan safnya hingga bahu Umar bersentuhan di sisi kanannya.”
Maka, kedudukan imam adalah di sebelah kiri makmum, dan makmum di
sebelah kanan imam dalam keadaan satu barisan (satu saf) sebelah
menyebelah.
1 – Imam (Kiri), 2 – Makmum (Kanan)
3 – Solat dengan dua orang makmum (atau lebih) bersama imam.
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah al-Anshaari:
“…
Rasulullah s.a.w. berdiri untuk menunaikan solat, lalu akupun datang
dan berdiri di samping kiri beliau. Rasulullah meraih tanganku lalu
memindahkanku ke sebelah kanan beliau. Kemudian datang pula Jabbar bin
Shakr r.a., ia berwudhu’ lalu mengikuti solat kami, ia berdiri di
samping/sebelah kiri Rasulullah. Beliaupun meraih tangan kami berdua
lalu memindahkan kami ke belakang beliau…” (Hadis Riwayat Muslim)
Jika tiga orang makmum atau lebih solat
bersama imam, maka mereka berdiri di belakang imam menurut kesepakatan
para ulama. Hadis-hadis yang menyebutkan tentang masalah ini terlalu
banyak untuk disebutkan satu persatu. Makmum tidak boleh berada di depan
imam, kerana tidak sah bermakmum bersama seorang imam kecuali jika imam
tersebut berada di depan mereka. Jumhur ulama berpendapat, barangsiapa
berada di depan imam maka batal solatnya. Imam Malik, Ishaq, Abu Tsaur
dan Daud membolehkannya, jika tempat terlalu sempit.
4 – Solat seorang wanita bersama imam lelaki.
Diriwayatkan dari Anas, ia berkata, “Aku solat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi s.a.w., dan ibuku (ummu Sulaim) di belakang kami.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Diriwayatkan dari Anas, ia berkata, “Aku solat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi s.a.w., dan ibuku (ummu Sulaim) di belakang kami.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Jika seorang lelaki dan seorang wanita
solat bersama imam maka lelaki berdiri sejajar di sebelah kanan imam,
sementara wanita ber-saf sendirian di belakang keduanya. Diriwayatkan
dari Anas, “Bahawa Rasulullah
s.a.w. mengimaminya, dan seorang wanita bersama mereka, maka beliau
menempatkannya di sebelah kanannya, dan wanita tersebut di belakang
mereka.” (Hadis Riwayat Muslim)
Imam Ibnu Abdil Barr rahimahullah berkata, “Para
ulama bersepakat bahawa seorang wanita itu solat di belakang seorang
lelaki dalam satu barisan. Yang disunnahkan adalah mengambil posisi
tepat di belakang laki-laki, bukan di sebelah kanannya.” (al-Mughni, Ibnu Qudamah)
Seorang
lelaki boleh menjadi imam solat bagi isterinya atau salah seorang
mahramnya. Dan tidak boleh seorang lelaki mengimami seorang wanita asing
(bukan mahramnya) seorang diri, berdasarkan keumuman hadis berikut:
“Tidak boleh bagi seorang lelaki berduaan
dengan seorang wanita, kerana yang ketiganya adalah syaitan.” (Hadis
Riwayat at-Tirmidzi)
Seorang lelaki boleh mengimami sejumlah wanita. Akan tetapi hal ini dibolehkan apabila aman dari fitnah.

1 – Imam (Depan), 2 – Makmum Wanita (Belakang)

1 – Depan – Imam (Kiri), Makmum Lelaki (Kanan), 2 – Belakang & Tengah (Saf Wanita)
5 – Solatnya seorang wanita bersama kaum wanita yang lain.
Diriwayatkan dari Hajirah, dari Ummu Salamah, “Bahawa ia mengimami mereka, dan ia berdiri di tengah-tengah mereka.” (Hadis Riwayat Abdurrazzaq) Jika seorang wanita solat mengimami jamaah kaum wanita, maka ia berdiri di tengah-tengah mereka dalam keadaan satu barisan (saf) bersama yang lainnya. Hendaklah ia tidak maju (mengambil posisi ke hadapan).
Diriwayatkan dari Hajirah, dari Ummu Salamah, “Bahawa ia mengimami mereka, dan ia berdiri di tengah-tengah mereka.” (Hadis Riwayat Abdurrazzaq) Jika seorang wanita solat mengimami jamaah kaum wanita, maka ia berdiri di tengah-tengah mereka dalam keadaan satu barisan (saf) bersama yang lainnya. Hendaklah ia tidak maju (mengambil posisi ke hadapan).
6 – Posisi kanak-kanak dalam saf solat berjemaah.
Diriwayatkan dari Anas, ia berkata, “Aku solat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan ibuku (ummu Sulaim) di belakang kami”. (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Berkenaan dengan hadis ini, al-Imam ash-Shan’ani menyatakan, “Dan
posisi makmum yang terdiri dari dua orang adalah di belakang imam, dan
anak kecilpun turut diambil kira keberadaan tempat duduknya (bersama saf
lelaki dewasa – pen.) dan dapat melengkapkan barisan saf. Dalam hadis
disebutkan lafaz yatim, ini menunjukkan anak kecil, kerana tidak disebut
sebagai yatim bagi yang telah baligh”.
Menurut
Sheikh al-Albani:Tidak mengapa anak-anak berdiri di saf kaum lelaki
dewasa, jika saf tersebut masih ada ruang. Dan solatnya kanak-kanak
lelaki yatim bersama Anas di belakang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam adalah hujjah dalam masalah ini (saf kanak-kanak adalah bersama
saf lelaki dewasa). (Rujuk: Tamamul Minnah, m/s. 311)
7 – Solat di samping (sebelah) imam kerana saf sudah penuh.
Barangsiapa memasuki masjid dan ia
mendapati masjid sudah penuh dan saf-saf sudah sempurna, maka dia boleh
membelah saf dan berdiri di samping imam. Ini adalah sebagaimana yang
dilakukan Rasulullah s.a.w. di ketika beliau sakit. Daripada Aisyah
r.ha, dia menyatakan, “Nabi
s.a.w. dalam sakitnya yang mengakibatkan beliau wafat, ketika merasa
lebih baik, beliau keluar dan mendapatkan Abu Bakar sedang solat bersama
yang lain. Ketika Abu Bakar melihat beliau, ia ingin mundur, maka
beliau (Nabi s.a.w.) mengisyaratkan kepadanya agar tetap di
posisinya/tempatnya semula. Lalu Rasulullah s.a.w. dipapah oleh dua
orang sehingga beliau duduk sejajar di sebelah kiri Abu Bakar r.a..
Maka, Abu Bakar mengikuti solat Rasulullah s.a.w., sedangkan orang-orang
mengikuti solat Abu Bakar.” (Hadis Riwayat Muslim)
Perintah Dan Tuntutan Merapatkan Saf
Persoalan menjaga saf dan merapatkan saf
di dalam solat adalah merupakan suatu permasalahan yang kian terabai.
Ramai dari kalangan masyarakat hari ini, mengambil mudah dalam hal ini
sebagaimana yang banyak berlaku di masjid-masjid sekeliling kita.
Saf-saf solat mereka kelihatan renggang, tidak sekata, dan lebih
mengecewakan adalah apabila para imam sendiri tidak ambil endah
berkenaan hal ini. Sedangkan jika dilihat kepada hadis-hadis Rasulullah
s.a.w. dan atsar para sahabat, dalam persoalan merapatkan saf ini,
sungguh betapa dititik beratkan kesempurnaannya, dan malah jika gagal
menyempurnakannya, ada pula hadis-hadis yang berbentuk ancaman.
Meluruskan dan merapatkan saf (barisan)
dalam solat berjamaah adalah merupakan suatu hal yang sangat
diperintahkan (dituntut), sebagaimana di dalam hadis Nabi s.a.w.,
(maksudnya), “Luruskan saf-mu, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat”. (Hadis Riwayat Muslim, no. 433) Dalam Riwayat yang lain, “Sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari mendirikan solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim) “Sesungguhnya menegakkan saf (meratakan saf), adalah sebahagian dari kebaikan solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Hadis tersebut dan hadis-hadis lain yang
seumpamanya, kata lbnu Hazm, merupakan dalil wajibnya merapikan saf
sebelum dan sepanjang melaksanakan solat. Kerana menyempurnakan solat
itu wajib, sedang kesempurnaan saf merupakan sebahagian dari
kesempurnaan solat, maka merapikan saf merupakan kewajiban. Juga lafaz
‘amr (perintah) dalam hadis di atas menunjukkan wajib. Selain itu,
Rasulullah s.a.w. setiap kali akan memulakan solat (berjemaah), selalu
menghadap kepada jamaah dan memerintahkan untuk meluruskan saf,
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a.
Umar bin Khaththab r.a. pernah memukul
Abu Utsman al-Nahdi kerana keluar dari barisan solatnya. Juga Bilal
pernah melakukan hal yang sama, seperti yang dikatakan oleh Suwaid bin
Ghaflah bahawa Umar dan Bilal pernah memukul bahu kami dan mereka tidak
akan memukul orang lain, kecuali kerana meninggalkan sesuatu yang
diwajibkan. Anas r.a. ketika tiba di kota Madinah ditanya, “Apa yang engkau ingkari dari perbuatan kami sejak sepeninggalan Rasulullah?” Dia menjawab, “Tidak ada perbuatan kalian yang aku ingkari kecuali ketika kalian tidak meluruskan saf-saf kalian.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya)
Bahkan Rasulullah s.a.w. sebelum
memulakan solat, beliau berjalan merapikan saf dan memegang dada dan
bahu para sahabat lalu bersabda, “Hendaklah kalian meluruskan saf-saf kalian atau Allah akan membalikkan wajah-wajah kalian.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata, “Rasulullah
biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke
hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “Jangan
lah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana akan menjadikan hati
kalian berselisih.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari an-Nu’man bin Basyir: beliau berkata, “Dahulu
Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak
panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau
perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi – pent.), kemudian
suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga
ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya
terkehadapan, maka beliau bersabda:
“Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian”. (Diriwayatkan oleh Muslim)
Sedangkan hadis yang diriwayatkan dari Anas r.a., Beliau bersabda, “Luruskan dan rapatkan saf-saf kalian, kerana sesungguhnya aku melihat kalian dari balik punggungku.”
(Diriwayatkan oleh Abu Ya’la di dalam al-Musnad. Sanad hadis ini
adalah sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim seperti disebutkan di
dalam al-Silsilah al-Sahihah)
Imam al-Qurthubi berkata, “Yang
dimaksudkan dengan perselisihan hati pada hadis di atas adalah bahawa
ketika seseorang tidak lurus di dalam safnya dengan berdiri ke depan
atau ke belakang, menunjukkan kesombongan di dalam hatinya yang tidak
mahu diatur. Yang demikian itu, akan merosakkan hati dan memungkinkan
menimbulkan perpecahan.” Pendapat ini juga didukung oleh Imam al-Nawawi, beliau berkata, “Berbeza
hati maksudnya, terjadi di antara mereka kebencian dan permusuhan serta
pertentangan hati. Perbezaan ketika ber-saf merupakan perbezaan zahir
dan perbezaan zahir adalah wujud dari perbezaan batin iaitu hati.”
Sementara Qadhi Iyyadh menafsirkannya dengan mengatakan “Allah akan mengubah hati mereka secara fizikal, sebagaimana di dalam riwayat lain (Allah akan mengubah wajah mereka)”. Hal
itu merupakan ancaman yang berat dari Allah. Sebagaimana Dia mengancam
orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (i’tidal), maka Allah akan
mengubah wajahnya menjadi wajah keldai. Imam al-Kirmani menyimpulkan, “Akibat
dari pertentangan dan perbezaan di dalam saf, boleh menimbulkan
perubahan anggota atau tujuan atau juga perbezaan balasan dengan
memberikan balasan yang sempurna bagi mereka yang meluruskan saf dan
memberikan balasan keburukan bagi mereka yang tidak meluruskan safnya.”
Berdiri di dalam saf bukan hanya sekadar
berbaris lurus, tetapi juga dengan merapatkan kaki dan bahu antara satu
dengan yang lainnya seperti yang dilakukan oleh para sahabat. Dari Ibnu
Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Rapatkanlah saf, dekatkan (jarak) antara saf-saf itu dan ratakan bahu-bahu.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan an-Nasai, disahihkan oleh Ibnu Hibban)
Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, an-Nasa’i & Ahmad)
Bahkan sehingga ada sebahagian ulama yang
mewajibkan hal itu, sebagaimana perkataan Sheikh al-Albani rahimahullah
dalam mengulas sabda Nabi s.a.w. “…atau Allah akan memperselisihkan
wajah-wajah kalian,” dengan menyatakan, “Sesungguhnya ancaman seperti ini tidak boleh dikatakan termasuk perkara yang tidak diwajibkan, sebagaimana tidak samar lagi.”
Akan tetapi sungguh amat sangat disayangkan, sunnah meluruskan dan
merapatkan saf ini telah diremehkan bahkan dilupakan kecuali oleh
segelintir kaum muslimin.
Apabila
jamaah solat tidak melaksanakan sebagaimana yang dilakukan oleh Anas
dan al-Nu’man maka akan selalu ada celah dan ketidaksempurnaan dalam
saf. Dan pada kenyataannya (kebanyakannya) para jemaah solat apabila
mereka merapatkan saf maka akan luaslah saf (menampung banyak jemaah)
khususnya saf pertama kemudian yang kedua dan yang ketiga. Apabila
mereka tidak melakukannya, maka:
Pertama: Mereka terjerumus ke dalam suatu bentuk larangan syar’i, iaitu tidak meluruskan dan merapatkan saf.
Kedua:
Mereka menyediakan celah untuk syaitan dan Allah akan memutuskan
mereka, sebagaimana hadis dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma
bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Tegakkan
saf-saf kalian dan rapatkan bahu-bahu kalian dan tutuplah celah-celah
dan jangan kalian tinggalkan celah untuk syaitan, barangsiapa yang
menyambung saf nescaya Allah akan menyambungnya dan barangsiapa
memutuskan saf nescaya Allah akan memutuskannya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666 di dalam Sunannya. Disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan al-Hakim)
Menurut Sheikh al-Albani (rahimahullah), “Yang benar, menutup ruang kosong di antara saf hukumnya adalah wajib.”
Ketiga:
Terjadi perselisihan dalam hati-hati mereka dan timbul banyak
pertentangan di antara mereka, sebagaimana dalam hadis an-Nu’man
terdapat faedah yang menjadi terkenal dalam ilmu jiwa, iaitu
sesungguhnya rosaknya zahir mempengaruhi rosaknya batin dan begitu
jugalah sebaliknya. Di samping itu bahawa sunnah meluruskan dan
merapatkan saf menunjukkan rasa persaudaraan dan saling tolong-menolong,
sehingga bahu si miskin menempel dengan bahu si kaya dan kaki orang
lemah merapat dengan kaki orang kuat, semuanya dalam satu barisan
seperti bangunan yang kuat, saling menopang satu sama lainnya.
Keempat:
Mereka kehilangan pahala dan fadhilat yang besar yang dikhabarkan
melalui hadis-hadis yang sahih, di antaranya sabda Nabi Shallallahu
‘alaihi wa Sallam, “Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada orang yang menyambung saf.” (Hadis
Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan al-Hakim. Dinilai Sahih
oleh al-Albani di dalam Kitabnya Sahih at-Targhib wa at-Tarhib)
Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul
1 – Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:
Dari Nu’man bin Basyir r.a. berkata: “Aku
melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan
(melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata
kakinya dengan mata kaki saudaranya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
2 – Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.
“Dari Anas bin Malik r.a. berkata: “(Pada
waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu
saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
“Baginda menghadapkan hujung-hujung
kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat”. (Hadis Riwayat
Bukhari dan Abu Daud) Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke
arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn
Qaiyyim al-Jauziyah – Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah
s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)

Betul – Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)

Salah – Kaki tidak lurus ke hadapan
3 – Menutup ruang/celahan di antara saf.
Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tegakkanlah
saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan
lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian.
Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang
menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan
saf, maka Allah memutuskannya.” (Hadis Riwayat Abu
Daud, an-Nasa’i, & Ahmad. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di
dalam Sahih Abi Daud) Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud.
4 – Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.
Dari an-Nu’man bin Basyir: beliau berkata, “Dahulu
Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak
panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau
perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi – pent.), kemudian
suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga
ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya
terkehadapan, maka beliau bersabda:
“Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian”. (Diriwayatkan oleh Muslim)
Keudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi
Kedukan/Susunan Saf Yang Salah yang mana banyak terjadi di sekeliling kita Masa ini
Larangan Membuat Saf Sendirian
Seorang makmum dilarang membuat saf
sendirian, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Wabishah bin Mi’bad,
bahawa Rasulullah s.a.w. melihat seseorang solat di belakang saf
sendirian, maka beliau memerintahkan untuk mengulang solatnya. (Hadis
Riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmidzi. Disahihkan oleh al-Albani di dalam
Sahih Sunan Abi Daud.
Menurut Sheikh Muhammad bin Soleh
al-Utsaimin, jika seseorang menjumpai saf yang sudah penuh, sementara ia
sendirian dan tidak ada yang ditunggu, maka boleh baginya solat sendiri
di belakang saf itu.
Untuk menjaga keutuhan, seseorang
dibolehkan untuk maju atau bergerak ke hadapan ketika mana mendapati ada
saf di hadapannya yang terputus. Sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan
oleh Abu Juhaifah, beliau bersabda: “Barangsiapa yang memenuhi celah yang ada pada saf maka Allah akan mengampuni dosanya.” (Hadis Riwayat al-Bazzar dengan sanad yang hasan)
Tiada langkah paling baik melebihi yang
dilakukan oleh seseorang untuk menutupi celah di dalam saf. Dan semakin
banyak teman dan saf dalam solat berjamaah akan semakin afdhal,
sebegaimana yang diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab, Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Solat seorang
bersama seseorang lebih baik daripada solat sendirian, dan solat bersama
dua orang lebih baik dari solat bersama seseorang. Dan bila lebih
banyak maka yang demikian lebih disukai oleh Allah ‘Azza wa Jalla.” (Muttafaq ‘Alaih)
Terpisahnya Makmum Dengan Imam Kerana Dinding
Diriwayatkan dari Aisyah, dia berkata: “Rasulullah
s.a.w. solat pada malam hari di kamarnya. Sementara dinding kamar itu
pendek, sehingga orang-orang dapat melihat Nabi s.a.w., maka sejumlah
orang berdiri mengikuti solatnya…” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Memasuki Saf Dalam Keadaan Tenang
Dan ketika memasuki saf untuk solat
disunnahkan untuk melakukannya dengan tenang iaitu tidak terburu-buru,
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah, bahawasanya ia solat dan
mendapati Nabi sedang ruku’ lalu dia ikut ruku’ sebelum sampai kepada
saf, maka Nabi berkata kepadanya,: “Semoga
Allah menambahkan kepadamu semangat (kemahuan), tetapi jangan kamu
ulangi lagi.” (Hadis Diriwayatkan oleh Bukhari) Dan dalam Riwayat Abu
Daud, ada tambahan, “Ia ruku’ sebelum sampai di saf lalu dia berjalan
menuju saf.”
Panduan Solat Berjemaah